TENTANG KAMI
ARAM
ARAM merupakan inisiatif YB Senator Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara.
Dalam budaya Tamil, ARAM merujuk kepada nilai-nilai yang membawa kepada kehidupan yang bermoral, beretika dan harmoni dalam masyarakat. Ia juga menekankan tanggungjawab setiap individu untuk menjaga kebajikan masyarakat.
Dalam karya klasik Tamil seperti Thirukkural, "Aram" atau "Dharma"(istilah sinonim dalam Bahasa Sanskrit) disebut sebagai asas bagi kesejahteraan individu dan masyarakat secara keseluruhan.
Initiatif ARAM memfokus kepada:
1. Isu berkaitan dengan ketiadaan kewarganegaraan bagi golongan yang telah bermastautin di Malaysia sebelum Merdeka dan keturunan mereka.
2. Isu kanak-kanak yang tercicir dalam pendidikan kerana masalah sosial keluarga atau kemiskinan.
VISI
Untuk mewujudkan sebuah negara yang inklusif di mana setiap individu diiktiraf, dilindungi hak dan diberi akses dan peluang kepada sumber negara yang adil demi masa depan yang lebih baik selaras dengan aspirasi Kerajaan Madani di bawah kepimpinan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim.
MISI
- Membantu menyelesaikan isu ketiadaan kewarganegaraan kepada individu yang bermastautin di Malaysia semenjak pra-merdeka dan keturunannya.
- Memastikan setiap kanak-kanak mendapat akses penuh kepada pendidikan berkualiti melalui kerjasama dengan pihak kerajaan, sekolah, dan NGO serta menyediakan sokongan pendidikan alternatif.
- Membantu memperkukuhkan kerjasama antara agensi kerajaan dengan NGO dan pihak berkepentingan lain untuk merangka penyelesaian jangka panjang yang komprehensif bagi menyelesaikan isu-isu ketiadaan kewarganegaraan dan keciciran pendidikan.