Responsive image

Intitiatif Aram untuk Kewarganegaraan


Isu ketiadaan kewarganegaraan di Malaysia:  

Ketiadaan kewarganegaraan antara generasi (inter-generational statelessness) oleh segolongan yang telah bermastautin di Malaysia semenjak sebelum Merdeka dan keturunan mereka adalah satu masalah yang berterusan. Keadaan ini telah disebabkan oleh beberapa faktor rumit.

Ketiadaan kewarganegaraan antara generasi: Peruntukan mengenai kewarganegaraan telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Bila Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Menurut Perlembagaan Persekutuan, sesiapa yang sebaik sebelum kemerdekaan Tanah Melayu (31 Ogos 1957) telah merupakan warganegara Malaysia berdasarkan ketetapan-ketetapan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, adalah warganegara Malaysia. Namun, ramai yang telah bermastautin di Malaysia sebelum kemerdekaan tidak berjaya mendapat status kewarganegaraan atau telah diberi status kewarganegaraan ‘belum ditentukan’. Proses permohonan untuk taraf kewarganegaraan oleh golongan ini telah membuktikan rumit dan kompleks. Beberapa syarat yang dikenakan tidak dapat dipatuhi. Bermula dari sinilah inter generasi ketiadaan kewarganegaraan bermula dan berterusan sehingga hari ini.

Implikasi Sosio ekonomi: Tanpa kewarganegaraan, individu dan keluarga mereka menghadapi pelbagai kesukaran dalam aspek kehidupan harian termasuk peluang pendidikan, pekerjaan, mendapat kemudahan kesihatan dan akses kepada perkhidmatan awam yang lain. Ini juga memberi kesan negatif yang amat tinggi kepada sosio ekonomi mereka dan menghalang mereka daripada menjalani kehidupan yang normal.

Tindakan Kerajaan: Kerajaan Malaysia Madani telah mengambil beberapa langkah  proaktif untuk menangani isu kewarganegaraan. Initiatif Aram adalah bertujuan untuk bertindak sebagai perantara antara kerajaan dan golongan ini dengan memberi maklumat semasa dan membantu memohon kewarganegaraan.

ARAM telah diumumkan pada 24.11.2024 sebagai suatu inititatif untuk memanfaatkan usaha-usaha kerajaan untuk membantu menyelesaikan masyarakat yang mempunyai masalah kewarganegaraan antara generasi (inter-generational stateless people) dan membantu kanak-kanak yang tercicir dalam pendidikan supaya kembali kepada arus pendidikian formal.

Laman web ini telah dibangunkan sebagai satu platform yang akan membantu masyarakat dalam merealisasikan objektif ARAM tersebut.

 





PENGUMUMAN
ARAM membantu memohon kewarganegaraan bagi golongan yang telah bermastautin di Malaysia semenjak sebelum kemerdekaan (31.08.1957) dan / atau keturunan mereka sahaja.

Memohon